THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

15 September 2008

Erti Derma Darah

Ramai x dari kita yg pernah derma darah?
Mcm aku,blum pernah lg menderma darah yg betul2...
Klu derma kt nyamuk tu slalu gak la..hehe. Tu pn menderma secara xsengaja..
Mgkin ramai dari kita yg ragu2 untuk menderma darah..
Aku pnh dengar ada yg kata kalau derma darah bleh jd gemuk,
badan cepat letih dan macam2 lagi...
Tp aku xrasa mcm tu.. Aku pernah nk derma darah dulu tp xlepas sbb nurse tu kata ms tu darah aku cair.. Ntah..aku pn xfhm sgt..
Tp kalau ada peluang lagi nk derma darah..
Untuk kengkawan yg salah fhm tentang derma darah,cuba baca yg kt bwh ni......

1. Derma darah adalah proses menyakitkan.
Jawapan: Tidak benar. Penderma cuma terasa sakit ketika dicucuk jarum suntikan. Rasa sakit ini akan hilang segera.

2. Saya akan alami masalah tidak cukup darah selepas menderma.
Jawapan: Secara purata, orang dewasa mempunyai empat hingga lima liter darah. Setiap kali menderma, jumlah darah diambil hanya 300 hingga 450 mililiter. Hanya lapan peratus darah dikeluarkan dari badan penderma.Malah, menderma darah tidak merendahkan daya ketahanan badan. Sebaliknya, menderma darah boleh menyihatkan badan kerana badan menghasilkan sel darah baru bagi mengganti darah yang diderma. Secara semula jadi, badan menggantikan semula darah ini dalam masa 72 jam.Sel darah merah mempunyai jangka hayat antara 115 hingga 120 hari dan dalam tempoh ini ia boleh digunakan untuk menyelamatkan banyak nyawa. Badan sentiasa menghasilkan sel darah baru bagi menggantikan sel darah yang mati (musnah) akibat tua (selepas 120 hari). Ini sebabnya penderma hanya dibenarkan menderma darah sekali dalam masa tiga bulan.Apabila kita menderma darah, badan dirangsang untuk menghasilkan sel darah baru yang secara tidak langsung boleh meningkatkan tahap kesihatan penderma kerana sel darah baru mempunyai keupayaan lebih baik untuk membawa oksigen.Pada masa sama, kecekapan badan penderma menggunakan zat besi akan bertambah kerana garam galian ini diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah baru. Proses ini boleh membantu badan mengawal kandungan zat besi dalam badan dan mengelak masalah pengumpulan zat besi berlebihan pada jantung.

3. Saya mungkin mendapat penyakit berjangkit ketika menderma.
Jawapan: Tidak. Jarum baru, bersih dan steril akan digunakan bagi setiap penderma. Jarum yang digunakan akan dibuang. Jadi tiada kemungkinan jarum ini terkena penderma lain. Melalui langkah keselamatan ini, penderma tidak akan mendapat jangkitan.

4. Menderma darah akan membuat saya lemah dan pening.
Jawapan: Penderma darah tidak sepatutnya berasa lemah dan pening selepas menderma. Proses pendermaan darah dilakukan dalam keadaan selesa. Malah, makanan disediakan untuk menyegarkan badan penderma. Jika penderma mengalami masalah anemia atau pening, dia tidak dibenarkan menderma darah.

5. Saya bimbang berat badan akan naik selepas menderma.
Jawapan: Tidak. Sehingga kini tiada bukti saintifik dapat menyokong dakwaan itu. Berat badan tidak naik dengan menderma darah. Sesetengah penderma mungkin berasa badan mereka ‘kehilangan’ sesuatu yang menyebabkan mereka makan atau mengambil tonik dalam kuantiti lebih banyak daripada biasa, sedangkan ia tidak perlu. Yang perlu dilakukan hanya mengambil pil zat besi dan asid filik seperti diarah serta minum banyak air.

6. Menderma darah akan mengambil masa lama.
Jawapan: Tidak. Keseluruhan proses menderma darah hanya mengambil masa 30 hingga 45 minit saja.

7. Saya tidak boleh menderma. Dulu saya pernah dilarang menderma darah.
Jawapan: Tidak benar. Kebanyakan penolakan pendermaan bersifat sementara. Sebelum dibenarkan menderma darah, denyutan nadi dan tekanan darah diuji. Malah, setitik darah juga akan diambil bagi ujian hemoglobin bagi memastikan anda cukup sihat untuk menderma darah.

So,lepas ni bleh la kita ramai2 menderma darah bagi membantu orang yg memerlukan..
Lagi2 masa ada kempen derma darah kn...

14 September 2008

Rawatan arus elektrik

Pelik??
Tapi tu la teknologi terkini yang bleh dimanfaatkan
Aku terbaca psl ni kt dalam harian metro..
Rawatan ni mmg baru kt malaysia tp kt negara lain dah lama di amalkan..
Ni antara berita yg aku amik kt harian metro..

Perunding Penjagaan Kesihatan Al-Jabbar, Mohd Faizal Mohd, berkata kaedah diguna pakai teknologi itu mudah dan selamat.

Katanya, arus elektrik yang dikawal mesin berkenaan dialirkan ke tubuh mengikut kesesuaian penyakit atau masalah kesihatan individu dalam tempoh tertentu.

Apabila digunakan, ia membantu membersihkan saluran darah, menyelaraskan sistem saraf tak terkawal dan meningkatkan daya ketahanan badan. Sebagai kesimpulan ia umpama membuang kotoran dari dalam badan,” katanya.

Menurut Mohd Faizal, satu fungsi menarik pada Dr Jism adalah kemampuannya memecahkan lemak.“Fungsi tenaga gelombang ringan cukup menarik kerana ia membantu dalam proses melangsing dan menguruskan badan.

Kajian dilakukan mendapati dalam tempoh seminggu, seseorang itu mampu mengurangkan berat badan antara tiga hingga empat kilogram,” katanya.

Menurut Mohd Faizal, sesiapa yang ingin menggunakan terapi itu perlu menjalani pemeriksaan perubatan terlebih dulu bagi mengesahkan masalah kesihatan dialami.

Katanya, mesin terapi berkenaan boleh digunakan dari tempoh 20 minit sehinggalah sembilan jam 58 minit.“Sebelum dan selepas menjalani terapi, pengguna perlu meminum sekurang-kurangnya 1.5 liter air kosong atau lebih elok air beralkali. Di sini (pusat terapi medan elektrostatik Al-Jabbar), air beralkali disediakan secara percuma.“Begitupun, terapi itu tidak boleh digunakan oleh mereka yang mempunyai alat perubatan elektrik dalam tubuh seperti jantung tiruan dan mesin paru-paru.

Bagaimanapun, ketika rawatan, jangan menyentuh antara satu sama lain kerana ia menghasilkan tarikan arus elektrik yang membuatkan anda berasa kebas.

So apa pendapat korang pasal rawatan ni??
Bleh ke rawatan ni diterima secara terbuka kt negara kita ni?
Itu semua bergantung kepada individu jgk kan..
Bagi aku kalau untuk kebaikan apa salahnya..

Berakhirnya hjg mggu

Xsangka dah hari ahad..
Berjaya jgk aku menjadi penunggu umah hjg mggu ni dan berjaya tggl sorang2 dgn beraninya..hehe
Xde la teruk sgt duk umah sorang2 ni cuma agak bosan skit la..
Tp xkisah la..bleh je..
Esok dah mula klas,mula balik rutin yg sama
dan akan pening la balik dgn macam2 assignmet..
Nk wat camne, dah jadi pelajar kn..
Kna la harung sume ni..

13 September 2008

Penunggu rumah

Hari ni aku jd penunggu setia rumah...
So mcm2 la benda yg aku wat..
Tgk tv,layan laptop,tgk tv balik(tiba2 layan cite hindustan),
wat assgnmet n tido..
Byk kan aktiviti..hehe
Cuma satu je xleh wat, makan.. Nikan bulan puasa..
Klu x mgkin dah macam2 gak aku mkn..
Aku xkisah kalau duk umah ni, lagi2 ni tgh puasa kan..
Klu byk wat aktiviti luar nanti cpt penat dan cepat lapar..hehe
So kira mmg aku jd penunggu umah je la sambil2 wat assignment
yg dah berlambak...

Berjaya..

Pagi yang indah...
Aku berjaya mengharungi malam semalam sorang2..hehe
Alhamdulillah..xde pape jd
Yg penting jgn terlalu takut kn...
Mmg la xtakut kalau dah 1 umah terang sampai pagi..hehe
Ala..bkn selalu pun kn..
Sekurang2nya aku xde la takut sangat kalau umah terang..

12 September 2008

Tinggal sorang2

Hr ni mula cuti hjg minggu..
Ada yg balik umah, ada yg gi berjalan
dan ada yg xbalik..mcm aku ni..
Hjg minggu ni aku sorang2 duk kt umah
yg sblm ni ada 11org tp tggl aku sorang je hjg mggu ni..
Aku xkisah sgt tggl sorang2 ni tp sejak bdk umah aku
kna kacau 2 mggu lps, aku risau gak la kn..
Benda tu main jatuh2kan barang..
Tu yg xbest tu..mula2 bedak pastu botol2 lain yg ada atas meja.
Sampai bersih la meja tu..
Agak2nya benda tu saje2 kacau,bosan kot..
Dah la bdk umah aku tu ketakutan dan akhirnya tertido dalam ketakutan..
Esoknya baru dia ajak kawan teman..
Tp xde pape kot,kn ni bln puasa..
Xpe2..aku msti bleh tggl sorang2..
Dah biasa dah..hehe


P/s: Tkt gak sbnrnya tp wat2 berani..hehe

Cinta Oh Cinta

CINTA...
Apa mksd Cinta??
Aku tau sume org tau apa mksd cinta
Tp mksdnya berbeza bg setiap org..
Sbb ianya universal...
Kdg2 cinta tu bleh membahagiakan,kdg2 cinta tu menyakitkan..
Tp sume tu bergantung kepada org tu sendiri..
Klu tgh dilamun cinta,mmg la asyik...
Tp walau apa pn yg penting kita kna cinta kt diri sendiri, Tuhan kita
dan family kita.
Yg lain tu terserah kt korang la.nk tambah sape2 dalam list Cinta tu..hehe
Aku ada tip skit utk org2 yg list Cinta tu panjang...

  • Tulis dan tampal. Tulis ucapan cinta di atas sekeping nota kecil dan tampal di tempat yang tidak diduga. Contohnya, di kerusi, papan pemuka kereta si dia, di komputer riba atau di halaman akhbar yang akan dibacanya. (Ni sesuai utk org2 yg jiwang,yg pandai mengayat2 ayat cinta..)
  • Iklan di akhbar. Cinta itu sememangnya mengasyikkan sehingga terbawa-bawa bersama ombak asmara. Cinta boleh menjadikan pasangan kurang siuman bahkan cinta juga mengajar pasangan erti kewarasan. Demi membuktikan kesetiaan cinta pada pasangan, lakukan sesuatu yang tidak diduga dengan cara memasukkan iklan menerusi akhbar yang sering dibaca bersama puisi cinta anda padanya. (Mmg gempak klu korang wat cara ni. Tp budget bkn murah tu...)
  • Bukukan cinta. Catatkan kisah perjalanan cinta anda berdua dalam sebuah buku. Kirimkan novel itu pada hari paling bahagia untuk anda berdua. Contohnya, pada ulang tahun hari lahir atau ulang tahun percintaan. (Wah...romantik la klu pasangan korang wat cara ni... Tp slalunya lelaki ssh nk wat cara ni..kdg2 tarikh lahir awek pn lupa cnme nk ingat tarihk2 dan peristiwa2 lain)
  • Pesanan cinta. Rakamkan beberapa baris pesanan cinta anda padanya atau nyanyikan lagu kegemaran anda berdua, lalu kirimkan padanya. Lebih canggih, tinggalkan pesanan cinta menerusi khidmat pesanan suara, MP3 atau panggilan secara rakaman video untuk mengungkapkan rasa cinta padanya. (Cara ni dah famous rasanya..dah ramai yg rasa suara tu sedap lalu dinyanyikan kepada org lain.. Sedap ke suara tu???)
  • Koleksi sistem pesanan ringkas (SMS). Kumpul semua SMS atau e-mel cinta yang diterima daripadanya dan tuliskan dalam sebuah buku. Kemudian, kirimkan buku itu padanya. Letakkan tarikh kiriman serta masa penghantaran SMS atau e-mel yang dikirim itu. Cara ini membuktikan anda menghargai setiap apa yang diucapkannya. (Cara ni mmg best tp ckup ke nk simpan sume msj2 tu dalam inbox sblm ianya ditranfer ke buku??)
  • Menyusun silang kata atau mainan huruf. Kirimkan permainan huruf yang bertulis 'Saya cinta kamu’ atau ‘I love you’ menerusi SMS. Hantarkan satu persatu perkataan supaya si dia tidak sabar menanti setiap huruf yang anda kirimkan padanya. (Cara ni kna byk berfikir.. yela nk pikir satu2 silang kata tu..)
  • Cinta dalam 100 bahasa. Belajar menyatakan ungkapan ‘saya cinta kamu’ dalam 100 bahasa dan kirimkan kepadanya setiap hari. (klu setakat tau bahasa melayu dgn english cmne nk cukupkan smpi 100??)
  • Kirimkan hidangan tengah hari. Ketika mengirimkan hidangan kesukaannya, jangan lupa sematkan ucapan ‘saya cinta kamu’ di atas kotak makanan itu. Menghantar mesej cinta pada sebiji buah-buahan juga memberi makna tersurat kepadanya sehingga kejutan itu membuat diri pasangan rasa hebat. (Skarang pose la...Kna tggu lps pose la klu nk guna cara ni..)

Lambat...

Hari ni ada klas IM...klas kul 8
Aku gi saing dgn ida..mmg slalu gak aku tumpang mkck tu..hehe
Tp hari ni agak lmbt skit la dtg klas dr biasa..
Dah la lambat,kna plak follow blakang van yg jalannya lg lambat dr
org lumba lari..
EEii..marah aku ni...
Tp nsb baik kejap je,pastu mkck ida pn pecut la kete
kesayangannya itu..TAN 5462
Mkck tu mmg gempak klu bwk kete..xpadan dgn
kecik..(kete dia yg kecik,bkn tuannya..hehe sbb dia bwk kancil)
Ktorg sampai klas dalam kul 8.30 kot..lbh kurang la
Akhirnya selamat gak smpi klas..
Tp rupa2nya ada lg yg lmbt dtg klas..hehe


P/s: Kesimpulannya klu dh tau ada klas pg,kna kuar awl..hehe
Sori PM kamel lmbt dtg klas..

11 September 2008

Terpengaruh....





Hari ni aku teman ida gi beli kasut...
Tp lain plak yg jd...
Aku pn terbeli kasut gak..hehe
Tp aku mmg ska kasut tu...


Kwn aku tu la yg pengaruh aku supaya beli,
kira dia salah satu sbb gak la aku beli kasut tu..

Lari lg budget aku bln ni...ni kena cover balik gna budget lain ni...

Kasut oh kasut...

nape la aku ble tersangkut kt ko??hehe

10 September 2008

Bosan...

Hr ni agak bosan bg aku sbb ada kuiz opm...hehe
Bosan sbb xtau nk study apa...
dah la mggu lepas x dtg klas,tu tg lagi 'fhm' nk study apa...hehe

Tp mmg padan muka la kan...hehe
Ni la akibat xdtg klas..
Td kuiz pn main wat je...dgn harapan jawapan betul..
Tggi tu harapan...hehe

09 September 2008

Enam Rahsia Puasa

PUASA sebenarnya ada rahsia dan dilengkapi pula dengan syarat kebatinannya.Imam Ghazali dalam kitab Bimbingan Mukmin menggariskan enam perkara dalam perkara rahsia dan iaitu:

1. Memejamkan mata dan menahannya daripada memandang perkara tercela dan dibenci agama, mengganggu hati, melalaikan daripada ingat pada Allah.

2. Memelihara lidah daripada cakap kosong, bohong, mencaci maki, cakap kotor, timbulkan permusuhan dan sombong.

3. Pelihara pendengaran daripada hal yang dilarang dan dibenci serta ungkapan diharamkan.

4. Memelihara seluruh anggota badan seperti tangan, kaki atau perut, daripada dosa. Contohnya berpuasa menahan lapar tetapi berbuka dengan makanan haram. Imam Ghazali memberi perumpamaan seperti seorang yang membina sebuah istana yang indah, kemudian dia menghancurkannya.
Rasulullah SAW bersabda: “Ada ramai orang yang berpuasa, tetapi dia tiada memperoleh apa-apa daripada puasanya selain lapar dan dahaga.”

5. Jangan membanyakkan makan waktu berbuka hingga terlampau kenyang dan terlalu mewah dengan makanan. Bagaimana mahu melawan syaitan dan nafsu syahwat sedangkan perut terlalu kenyang itu sebenarnya mengundang syahwat baru? Perbuatan memakan sampai kenyang bertentangan dengan maksud berpuasa itu sendiri.

6. Hatinya hendaklah bimbang di antara takut dan harapan iaitu sama ada amalannya diterima Allah atau puasanya ditolak hingga digolongkan orang yang jauh daripada rahmat Allah. Imam Ghazali menyifatkan perasaan seumpama itu harus sentiasa ada dalam diri seseorang setiap kali menunaikan apa-apa ibadat.

Puasa itu mempunyai tiga darjat iaitu:

  • Puasa umum — berpuasa dengan menahan perut dan kemaluan daripada menuruti syahwat.
  • Puasa khusus — puasa yang disertakan dengan mengekang pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan daripada melakukan perkara haram dan dosa.
  • Puasa khususul-khusus — berpuasa dan menyertakan semua perkara yang sebut di atas dan ditambah lagi dengan berpuasa hati daripada segala cita-cita kotor dan pemikiran keduniaan atau apa saja yang memesongkan perhatian selain Allah.

So agak2nya kita dalam darjat mane??

Dan dapat x kita menahan diri dr enam2 perkara tu?

Harap2 la kita sume mendapat fadilat dari bulan ramadan kali ini..Amin..

Puasa & Perempuan..

Hari ni dah 9 ramadan kita b'puasa... tp utk perempuan ada excuse tau..hehe
Kdg2 seronok gak jd perempuan ni.. ada cuti puasa

Tp yg xbestnya kna ganti nanti la.. Haa..bab tu yg payah skit.. Kdg2 amik masa smpi nk puasa thn dpn br sdh ganti..biasa la tu..

Tp kan yg aku xfhm tu ada gak lelaki yg cuti puasa.. Nape ek??
Kdg2 tu alasannya x munasabah utk cuti puasa.. Tp klu xsht tu kira bleh time la kan..lg2 klu dpt excuse doktor..mcm ada kwn aku tu,xsht tp puasa gak.. Baik bdk tu...hehe

Walaupn perempuan ni ada cuti puasa tp kna la gak hormat ora lain yg puasa kn..
Jgn la beria2 mkn smpi org yg b'puasa tu terliur tgk org tu mkn.. Xelok cmtu..
Lg satu yg peliknya klu perempuan yg cuti puasa ni, diorg plak yg lebih2 bila beli makanan kt bazar ramadan..mcm puasa gak. Kalah org lain yg puasa..hehe

Utk sape2 yg sume yg b'puasa, Selamat Berpuasa...
Dan utk yg b'cuti tu,cuti la ye..tp nanti kna ganti blk..hehe