Pelik??
Tapi tu la teknologi terkini yang bleh dimanfaatkan
Aku terbaca psl ni kt dalam harian metro..
Rawatan ni mmg baru kt malaysia tp kt negara lain dah lama di amalkan..
Ni antara berita yg aku amik kt harian metro..
Perunding Penjagaan Kesihatan Al-Jabbar, Mohd Faizal Mohd, berkata kaedah diguna pakai teknologi itu mudah dan selamat.
Katanya, arus elektrik yang dikawal mesin berkenaan dialirkan ke tubuh mengikut kesesuaian penyakit atau masalah kesihatan individu dalam tempoh tertentu.
Apabila digunakan, ia membantu membersihkan saluran darah, menyelaraskan sistem saraf tak terkawal dan meningkatkan daya ketahanan badan. Sebagai kesimpulan ia umpama membuang kotoran dari dalam badan,” katanya.
Menurut Mohd Faizal, satu fungsi menarik pada Dr Jism adalah kemampuannya memecahkan lemak.“Fungsi tenaga gelombang ringan cukup menarik kerana ia membantu dalam proses melangsing dan menguruskan badan.
Kajian dilakukan mendapati dalam tempoh seminggu, seseorang itu mampu mengurangkan berat badan antara tiga hingga empat kilogram,” katanya.
Menurut Mohd Faizal, sesiapa yang ingin menggunakan terapi itu perlu menjalani pemeriksaan perubatan terlebih dulu bagi mengesahkan masalah kesihatan dialami.
Katanya, mesin terapi berkenaan boleh digunakan dari tempoh 20 minit sehinggalah sembilan jam 58 minit.“Sebelum dan selepas menjalani terapi, pengguna perlu meminum sekurang-kurangnya 1.5 liter air kosong atau lebih elok air beralkali. Di sini (pusat terapi medan elektrostatik Al-Jabbar), air beralkali disediakan secara percuma.“Begitupun, terapi itu tidak boleh digunakan oleh mereka yang mempunyai alat perubatan elektrik dalam tubuh seperti jantung tiruan dan mesin paru-paru.
Bagaimanapun, ketika rawatan, jangan menyentuh antara satu sama lain kerana ia menghasilkan tarikan arus elektrik yang membuatkan anda berasa kebas.
So apa pendapat korang pasal rawatan ni??
Bleh ke rawatan ni diterima secara terbuka kt negara kita ni?
Itu semua bergantung kepada individu jgk kan..
Bagi aku kalau untuk kebaikan apa salahnya..
14 September 2008
Rawatan arus elektrik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



1 comments:
Terapi ini memang selamat dan berkesan. Tapi dah banyak produk macam nie kat pasaran macam PRO NATURE nie..if nak more info, leh arr email kat dynature@gmail.com or bukak dynature.blogspot.com....
Post a Comment