Ramai x dari kita yg pernah derma darah?
Mcm aku,blum pernah lg menderma darah yg betul2...
Klu derma kt nyamuk tu slalu gak la..hehe. Tu pn menderma secara xsengaja..
Mgkin ramai dari kita yg ragu2 untuk menderma darah..
Aku pnh dengar ada yg kata kalau derma darah bleh jd gemuk,
badan cepat letih dan macam2 lagi...
Tp aku xrasa mcm tu.. Aku pernah nk derma darah dulu tp xlepas sbb nurse tu kata ms tu darah aku cair.. Ntah..aku pn xfhm sgt..
Tp kalau ada peluang lagi nk derma darah..
Untuk kengkawan yg salah fhm tentang derma darah,cuba baca yg kt bwh ni......
1. Derma darah adalah proses menyakitkan.
Jawapan: Tidak benar. Penderma cuma terasa sakit ketika dicucuk jarum suntikan. Rasa sakit ini akan hilang segera.
2. Saya akan alami masalah tidak cukup darah selepas menderma.
Jawapan: Secara purata, orang dewasa mempunyai empat hingga lima liter darah. Setiap kali menderma, jumlah darah diambil hanya 300 hingga 450 mililiter. Hanya lapan peratus darah dikeluarkan dari badan penderma.Malah, menderma darah tidak merendahkan daya ketahanan badan. Sebaliknya, menderma darah boleh menyihatkan badan kerana badan menghasilkan sel darah baru bagi mengganti darah yang diderma. Secara semula jadi, badan menggantikan semula darah ini dalam masa 72 jam.Sel darah merah mempunyai jangka hayat antara 115 hingga 120 hari dan dalam tempoh ini ia boleh digunakan untuk menyelamatkan banyak nyawa. Badan sentiasa menghasilkan sel darah baru bagi menggantikan sel darah yang mati (musnah) akibat tua (selepas 120 hari). Ini sebabnya penderma hanya dibenarkan menderma darah sekali dalam masa tiga bulan.Apabila kita menderma darah, badan dirangsang untuk menghasilkan sel darah baru yang secara tidak langsung boleh meningkatkan tahap kesihatan penderma kerana sel darah baru mempunyai keupayaan lebih baik untuk membawa oksigen.Pada masa sama, kecekapan badan penderma menggunakan zat besi akan bertambah kerana garam galian ini diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah baru. Proses ini boleh membantu badan mengawal kandungan zat besi dalam badan dan mengelak masalah pengumpulan zat besi berlebihan pada jantung.
3. Saya mungkin mendapat penyakit berjangkit ketika menderma.
Jawapan: Tidak. Jarum baru, bersih dan steril akan digunakan bagi setiap penderma. Jarum yang digunakan akan dibuang. Jadi tiada kemungkinan jarum ini terkena penderma lain. Melalui langkah keselamatan ini, penderma tidak akan mendapat jangkitan.
4. Menderma darah akan membuat saya lemah dan pening.
Jawapan: Penderma darah tidak sepatutnya berasa lemah dan pening selepas menderma. Proses pendermaan darah dilakukan dalam keadaan selesa. Malah, makanan disediakan untuk menyegarkan badan penderma. Jika penderma mengalami masalah anemia atau pening, dia tidak dibenarkan menderma darah.
5. Saya bimbang berat badan akan naik selepas menderma.
Jawapan: Tidak. Sehingga kini tiada bukti saintifik dapat menyokong dakwaan itu. Berat badan tidak naik dengan menderma darah. Sesetengah penderma mungkin berasa badan mereka ‘kehilangan’ sesuatu yang menyebabkan mereka makan atau mengambil tonik dalam kuantiti lebih banyak daripada biasa, sedangkan ia tidak perlu. Yang perlu dilakukan hanya mengambil pil zat besi dan asid filik seperti diarah serta minum banyak air.
6. Menderma darah akan mengambil masa lama.
Jawapan: Tidak. Keseluruhan proses menderma darah hanya mengambil masa 30 hingga 45 minit saja.
7. Saya tidak boleh menderma. Dulu saya pernah dilarang menderma darah.
Jawapan: Tidak benar. Kebanyakan penolakan pendermaan bersifat sementara. Sebelum dibenarkan menderma darah, denyutan nadi dan tekanan darah diuji. Malah, setitik darah juga akan diambil bagi ujian hemoglobin bagi memastikan anda cukup sihat untuk menderma darah.
So,lepas ni bleh la kita ramai2 menderma darah bagi membantu orang yg memerlukan..
Lagi2 masa ada kempen derma darah kn...
15 September 2008
Erti Derma Darah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 comments:
Post a Comment