PUASA sebenarnya ada rahsia dan dilengkapi pula dengan syarat kebatinannya.Imam Ghazali dalam kitab Bimbingan Mukmin menggariskan enam perkara dalam perkara rahsia dan iaitu:
1. Memejamkan mata dan menahannya daripada memandang perkara tercela dan dibenci agama, mengganggu hati, melalaikan daripada ingat pada Allah.
2. Memelihara lidah daripada cakap kosong, bohong, mencaci maki, cakap kotor, timbulkan permusuhan dan sombong.
3. Pelihara pendengaran daripada hal yang dilarang dan dibenci serta ungkapan diharamkan.
4. Memelihara seluruh anggota badan seperti tangan, kaki atau perut, daripada dosa. Contohnya berpuasa menahan lapar tetapi berbuka dengan makanan haram. Imam Ghazali memberi perumpamaan seperti seorang yang membina sebuah istana yang indah, kemudian dia menghancurkannya.
Rasulullah SAW bersabda: “Ada ramai orang yang berpuasa, tetapi dia tiada memperoleh apa-apa daripada puasanya selain lapar dan dahaga.”
5. Jangan membanyakkan makan waktu berbuka hingga terlampau kenyang dan terlalu mewah dengan makanan. Bagaimana mahu melawan syaitan dan nafsu syahwat sedangkan perut terlalu kenyang itu sebenarnya mengundang syahwat baru? Perbuatan memakan sampai kenyang bertentangan dengan maksud berpuasa itu sendiri.
6. Hatinya hendaklah bimbang di antara takut dan harapan iaitu sama ada amalannya diterima Allah atau puasanya ditolak hingga digolongkan orang yang jauh daripada rahmat Allah. Imam Ghazali menyifatkan perasaan seumpama itu harus sentiasa ada dalam diri seseorang setiap kali menunaikan apa-apa ibadat.
Puasa itu mempunyai tiga darjat iaitu:
- Puasa umum — berpuasa dengan menahan perut dan kemaluan daripada menuruti syahwat.
- Puasa khusus — puasa yang disertakan dengan mengekang pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan daripada melakukan perkara haram dan dosa.
- Puasa khususul-khusus — berpuasa dan menyertakan semua perkara yang sebut di atas dan ditambah lagi dengan berpuasa hati daripada segala cita-cita kotor dan pemikiran keduniaan atau apa saja yang memesongkan perhatian selain Allah.
So agak2nya kita dalam darjat mane??
Dan dapat x kita menahan diri dr enam2 perkara tu?
Harap2 la kita sume mendapat fadilat dari bulan ramadan kali ini..Amin..



0 comments:
Post a Comment