CINTA...
Apa mksd Cinta??
Aku tau sume org tau apa mksd cinta
Tp mksdnya berbeza bg setiap org..
Sbb ianya universal...
Kdg2 cinta tu bleh membahagiakan,kdg2 cinta tu menyakitkan..
Tp sume tu bergantung kepada org tu sendiri..
Klu tgh dilamun cinta,mmg la asyik...
Tp walau apa pn yg penting kita kna cinta kt diri sendiri, Tuhan kita
dan family kita.
Yg lain tu terserah kt korang la.nk tambah sape2 dalam list Cinta tu..hehe
Aku ada tip skit utk org2 yg list Cinta tu panjang...
- Tulis dan tampal. Tulis ucapan cinta di atas sekeping nota kecil dan tampal di tempat yang tidak diduga. Contohnya, di kerusi, papan pemuka kereta si dia, di komputer riba atau di halaman akhbar yang akan dibacanya. (Ni sesuai utk org2 yg jiwang,yg pandai mengayat2 ayat cinta..)
- Iklan di akhbar. Cinta itu sememangnya mengasyikkan sehingga terbawa-bawa bersama ombak asmara. Cinta boleh menjadikan pasangan kurang siuman bahkan cinta juga mengajar pasangan erti kewarasan. Demi membuktikan kesetiaan cinta pada pasangan, lakukan sesuatu yang tidak diduga dengan cara memasukkan iklan menerusi akhbar yang sering dibaca bersama puisi cinta anda padanya. (Mmg gempak klu korang wat cara ni. Tp budget bkn murah tu...)
- Bukukan cinta. Catatkan kisah perjalanan cinta anda berdua dalam sebuah buku. Kirimkan novel itu pada hari paling bahagia untuk anda berdua. Contohnya, pada ulang tahun hari lahir atau ulang tahun percintaan. (Wah...romantik la klu pasangan korang wat cara ni... Tp slalunya lelaki ssh nk wat cara ni..kdg2 tarikh lahir awek pn lupa cnme nk ingat tarihk2 dan peristiwa2 lain)
- Pesanan cinta. Rakamkan beberapa baris pesanan cinta anda padanya atau nyanyikan lagu kegemaran anda berdua, lalu kirimkan padanya. Lebih canggih, tinggalkan pesanan cinta menerusi khidmat pesanan suara, MP3 atau panggilan secara rakaman video untuk mengungkapkan rasa cinta padanya. (Cara ni dah famous rasanya..dah ramai yg rasa suara tu sedap lalu dinyanyikan kepada org lain.. Sedap ke suara tu???)
- Koleksi sistem pesanan ringkas (SMS). Kumpul semua SMS atau e-mel cinta yang diterima daripadanya dan tuliskan dalam sebuah buku. Kemudian, kirimkan buku itu padanya. Letakkan tarikh kiriman serta masa penghantaran SMS atau e-mel yang dikirim itu. Cara ini membuktikan anda menghargai setiap apa yang diucapkannya. (Cara ni mmg best tp ckup ke nk simpan sume msj2 tu dalam inbox sblm ianya ditranfer ke buku??)
- Menyusun silang kata atau mainan huruf. Kirimkan permainan huruf yang bertulis 'Saya cinta kamu’ atau ‘I love you’ menerusi SMS. Hantarkan satu persatu perkataan supaya si dia tidak sabar menanti setiap huruf yang anda kirimkan padanya. (Cara ni kna byk berfikir.. yela nk pikir satu2 silang kata tu..)
- Cinta dalam 100 bahasa. Belajar menyatakan ungkapan ‘saya cinta kamu’ dalam 100 bahasa dan kirimkan kepadanya setiap hari. (klu setakat tau bahasa melayu dgn english cmne nk cukupkan smpi 100??)
- Kirimkan hidangan tengah hari. Ketika mengirimkan hidangan kesukaannya, jangan lupa sematkan ucapan ‘saya cinta kamu’ di atas kotak makanan itu. Menghantar mesej cinta pada sebiji buah-buahan juga memberi makna tersurat kepadanya sehingga kejutan itu membuat diri pasangan rasa hebat. (Skarang pose la...Kna tggu lps pose la klu nk guna cara ni..)



0 comments:
Post a Comment